SAYANGI BUMI ANDA

SAYANGI BUMI ANDA
Kekalkan kehijauan..memberi 1,000 kebaikan kepada kita..

February 25, 2011

Adakah...

Ku menanti hukuman yang tersurat,

Ku menangis tanpa air mata,

Adakah Aku sekadar sisa-sisa,

Adakah Aku cuma hanya sementara,

Aku hanya mampu merasa dan melihat...


Mengapa Kau hancurkan niat suci Aku terhadap Mu,

Aku cuma mahu merasainya sahaja,

Mengapa Kau biarkan Aku,

Ditenggelami dalam Laut Dendam...
SURAMMM....

Di sini Aku masih berdiri teguh,

Jiwa Aku KOSONG tiada erti dan tujuan,

Menangis Aku MENANGIS......


Oh Tuhan izinkan Aku di sini,

Untuk terus akhiri derita Aku ini,

Seandainya Aku temui,

Aku akan cepat kembali....

February 20, 2011

Cerita cinta..

Assalamualaikm semua....aku rasa macam nak buat ceritalah, boring sangat-sangat sekarang nie..tapi aku tak tahu nak tulis apa dalam blog..???

Uuuurmm..ok dah dapat dah..

Kesejukan pagi, telah membuat aku terjaga dan terus terjaga. Aku mengambil keputusan untuk bangun dari katil yang empuk untuk bangun solat sunat dan seterusnya solat subuh. Aku pun bersiap dan berkemas seperti biasa untuk pergi offis pukul 8.00am nanti. `Isshh.., anak dara sorang nie tak bangun lagi ke..orang surau dah bang tu..kang lambat pula pergi kerja..', aku berseloroh sendirian. Jam telah menunjukkan tepat pukul 6.00am. Aku mengetuk pintu bilik si Nora berkali-kali untuk mengejutnya bangun tidur. Dia tu memang macam tu, kalau tidur tak ingat dunia..terpaksalah aku menjadi jam locengnya setiap hari. Kadang-kadang tu, aku berlakon..pernah hari tu, aku menjerit ada kebakaran berlaku. Aku sengaja kuatkan suara, tak sangka lakonan aku menjadi hari tu. Terasa nak pecah perut aku di buatnya pagi tu. Daripada senyap, terus jadi bising dengan suara kami berdua bergurau sesama sendiri. Nak tahu tak, si Nora mukanya sebiji macam Mak Lampir dalam filem Melayu, . Dengan rambut mengerebang, aku rasa kalau ada cicak..cicak tu pun akan takut lihatnya. Pastu, dia punya muka macam baru kena kejar dengan hantu..cuaklah tu. Akhirnya, baru dia perasan yang dia kena tipu dengan aku...last-last aku juga dikejarnya satu ruang tamu sebab kacau dia tidur. 

Tiada respon yang aku dapat dari ketukan aku yang bertalu-talu nie. Aku letak telinga aku dekat pintu bilik dia, saja nak dengar...`aiikk, senyap aje..selalunya bunyi enjin kapal terbang(kipas angin) dia tu..tak panas ke Nora tidur hari ni',Iza sudah mula berasa bimbang. Iza pergi ke biliknya semula untuk mengambil kunci bilik kawannya itu.
Kalau ada garfu, mesti ada sudu kan...
Mereka tak akan berpisah..
Tiba-tiba....,
Waktu berpaling ke belakang. ``Aarggghhhhhhhhhh............'',(jerit ketakutann)
GEDEBUK.......(jatuh pengsan)...




Kenapa...?
Apa yang terjadi seterusnya....?
Tunggu ajelah,,,nanti aku updated lagiii...:-)
Kalau nak komen, komenlah.....Aku nak tengok pendapat korang dan beri pandangan tentang hasil cerpen aku nie.....

February 12, 2011

Kisah hari ini...?!?.

Hari ini, aku kena pergi tuition geo (subjek yang aku paling suka)...mula belajar pukul 9.45 pagi, awal-awal aku dah bertolak dari rumah..pastu singgah stesen bas Bahau ambil kawan aku..apa lagi dia pun tumpang aku sampai sekolah..ramai pula hari ini yang bawa kereta, tak terkecuali aku..aku rasalah kan majoriti budak kelas aku semua kaya-kaya..wauuuuu,,sorang satu kereta,,sebiji-sebiji masuk dalam sekolah...sebelum cikgu sampai adalah juga aku ambil beberapa gambar...budak kelas aku ni.....cikgu datang lewat, dapatlah aku snap banyak sikit...

Dari atas, kiri(BARIS 1):sha2, Mai, As,
(BARIS 2) :Sheeda, Liyana, Natasya,
(BARIS 3) :Me, Mus & Dayah...

Posing cantik giler,,,gadis-gadis Melayu kelas 6A5 2011 ni...huhuhu



 


Ni kogilan, salah sorang dari 3 orang budak india dalam kelas aku..

leka betul dia,,surf internet...sampai tak perasan aku snap gambar dia...haha
 
Jom kita belajar...tengok kita orang...

Buku banyak atas meja..entah masuk ke tidak otak tu...

Minta-mintalah masuk kan..amin



Ni intan,, kawan yang sentiasa terukir senyumannya..

Dialah orang paling seronok suruh snap dia..

Intan : Peace for u all that see me intan at shima blog...



Hiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...

Natasya : Meh2 makan same...sedap tau..
Ni adalah adegan pelakon terbaru kelas kami..

Baru aje masuk industri seni ni..haha

Sampai malu, masa paparazzi nak ambil gambar dia...

Tutup lagi muka tu..

Artis kita yang baru..

Rebutan para lelaki..(jangan marah yek)

Terangkat pulak tangan ni...kau nak tumubuk aku ya Mus...jagaaaa..


Love You All.....:-)

February 11, 2011

Melda Ahmad-Kimia

Mesti dengar dan lihat video nie,,

10/02/2011-Khamis


Ni cuma gambar hiasan aje..huhu..
 Hari ini, hari persekolahan macam biasa..pergi sekolah awal-awal lagi..macam duduk dekat dalam peti aislah juga aku rasa pagi ni, manalah tak sejuknya..aku merempit pergi sekolah..biasalah minah rempit..nak bawa kereta pun lagilah leceh dibuatnya, kejap-kejap nak tukar gear...lepas tu terpaksalah bersesak dalam bandar pula..huh letih betul hari ini...aku stayback dekat sekolah hari ini, buat kerja sekolah..nanti tak payahlah nak sibuk-sibuk nak buat dekat rumah nanti...haha..rasa itu aje kot aku nak cerita hari ini...Assalamualaikum..

February 08, 2011

Isu Pekerja Asing

Pekerja asing di Malaysia – keperluan atau pembaziran modal insan tempatan
Soijah Binti Likin

Antropologi/Sosiologi
Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, USM. Pulau Pinang
soijah@usm.my

Migrasi pekerja antarabangsa bukan sahaja fenomena bagi negara penerima tetapi juga
menjadi industri baru bagi negara pengeksport tenaga kerja untuk menambahkan
pendapatan negara. Pengeksportan pekerja menjadi sumber pendapatan yang penting
bagi negara-negara yang miskin seperti kerajaan Indonesia yang melakukan program
pengeksportan tenaga kerja untuk mengatasi masalah pengangguran dan kemiskinan.
Pengiriman pekerja Indonesia ke luar negara telah ditetapkan dalam Garis-Garis Besar
Haluan Negara (GBHN) 1993 – 1998 dan 1999 – 2004 sebagai kebijakan eksport selain
minyak. Malahan kerajaan Indonesia menyatakan bahawa penghijrahan merupakan salah
satu alternatif kebijakan ekonomi bagi pembangunan ekonomi Indonesia pada masa
sekarang mahu pun akan datang (Carunia Mulya Firdausy, 2000).
Salah satu daripada negara di dunia yang menjadi tumpuan pekerja asing ialah Malaysia.
Malaysia dianggap sebagai “lubuk emas: oleh rakyat negara jiran yang miskin. Meskipun
bekerja di luar negara mendatangkan berbagai masalah tetapi ianya semakin berkembang
dan diakui sebagai satu pilihan untuk mengubah nasib mereka (Soijah Likin, 2004:21).
Mereka pulang dan berhijrah semula sehingga membentuk suatu sistem penghijrahan
yang berkesinambungan dan mengalirkan pekerja, gagasan, dan wang kepada dan dari
daerah asal (M. Lala Kolopaking, 1999:312).
Sistem penghijrahan yang berkesinambungan hanya menguntungkan negara pengeksport
tenaga pekerja. Manakala negara penerima pula mengalami kebanjiran pekerja asing
samada secara sah ataupun tidak sah. Negara penerima juga menanggung berbagai kesan
sosial yang negatif akibat kebanjiran pelbagai bangsa pekerja asing.
2
Keberadaan pekerja asing di Malaysia telah sampai ke tahap berlebihan berbanding
keperluan. Dua dekad yang lalu, pekerja asing hanya bekerja di sektor pembinaan dan
perladangan. Pada hari ini pekerja asing terdapat di pelbagai sektor yang sepatutnya diisi
oleh warga tempatan. Ia memberi gambaran bahawa kerja-kerja kolar biru hanya boleh
dilakukan oleh pekerja asing.
Pengambilan pekerja asing untuk bekerja di sektor perladangan dan pembinaan memang
sukar dielakkan kerana kerja-kerja tersebut ditolak oleh penduduk tempatan. Penduduk
tempatan mempunyai pilihan bekerja di sektor yang menawarkan pendapatan yang
lumayan, selesa dan tidak bahaya.
Namun yang sukar untuk diterima ialah majikan di sektor lain yang sengaja mengambil
pekerja asing untuk mengaut keuntungan yang berlebihan. Pekerja asing dibayar upah
yang murah berbanding orang tempatan (Utusan Malaysia, 21 Oktober 2007).
Sikap sedemikian yang telah menyebabkan seramai 2.5 juta pekerja asing yang sah
bekerja di Malaysia. Jumlah tersebut lebih besar jika dicampur dengan pendatang tanpa
izin yang dipekerjakan oleh majikan-majikan yang tidak patriotik. Jika majikan menolak
pendatang tanpa izin bekerja sudah pasti mereka tidak akan berada di Malaysia.
Fenomena pekerja asing yang tidak sah tidak akan pernah ada atau sangat kecil
jumlahnya, jika tidak ada penggunanya (Suara Pembaruan, 16 Februari 2005). Tindakan
undang-undang yang tegas harus dikenakan bukan sahaja terhadap pekerja asing tidak
sah tetapi terhadap majikan yang mempekerjakan mereka.
Tidak mengejutkan apabila dikatakan jumlah pekerja asing dalam pelbagai sektor di
negara ini lebih ramai daripada masyarakat India, iaitu kaum ketiga terbesar di Malaysia.
Berdasarkan statistik sehingga 30 Jun lalu yang dikeluarkan Jabatan Imigresen dan
Bahagian Perangkaan Demografi, Jabatan Perangkaan Malaysia, jumlah pekerja asing
mencecah 1.91 juta, manakala masyarakat India 1.88 juta (Berita Harian, 12 Ogos 2007)
3

Masalah Sosial

Pelbagai masalah sosial terjadi akibat kebanjiran pekerja asing. Keadaan ini disebabkan
tingkah laku, nilai, norma, budaya dan sikap mereka yang bertentangan dengan tingkah
laku nilai, norma, budaya tuan rumah. Walaupun sering disebut “kita serumpun” tetapi
antara Malaysia dan Indonesia sangat berbeza. Begitu juga dengan negara-negara lain
seperti Bangladesh, Pakistan walaupun majoritinya beragama Islam tetapi berbagai
masalah sosial tetap wujud. Pengambilan pekerja asing dari Bangladesh pernah
dibekukan pada 6 Februari 2002 kerana menimbulkan masalah moral. Mereka sering
menganggu isteri atau anak gadis di khalayak ramai tanpa segan silu. Perangai yang
tidak bermoral itu telah membawa pergaduhan dengan penduduk tempatan (Fokus, Julai
2002).
Kebanjiran pekerja asing menjadikan rakyat Malaysia semakin tidak selesa dan selamat.
Sepatutnya sebagai tetamu haruslah bersikap menghormati tuan rumah. Di mana-mana
saja negara di dunia ini yang menjadi tumpuan pekerja asing menuntut hal yang sama.
Mereka harus menyesuaikan diri dengan masyarakat tuan rumah. Apa yang terjadi di
Malaysia adalah sebaliknya. Tuan rumah pula yang mengalah dan menyesuaikan diri
dengan mereka. Sebelum kebanjiran pekerja asing kita rasa selamat untuk berada di
mana saja tetapi kini ada tempat-tempat tertentu yang kita terpaksa hindari kerana
dimonopoli pekerja asing.
Pekerja asing di Malaysia terdiri dari pelbagai bangsa dari negara kurang membangun
dan mundur. Budaya, nilai, norma, watak yang dibawa ke negara ini adalah ciri-ciri
mental kelas ketiga. Secara tidak langsung persekitaran yang wujud adalah persekitaran
negara kurang membangun dan mundur seperti pengotor, bising, kencing dan membuang
sampah sesuka hati, serta tidak menggunakan kemudahan awam dengan betul. Di Kuala
Lumpur pada Aidilfitri telah diserbu pendatang asing dan apabila mereka beredar maka
lautan sampah yang ditinggalkan (Utusan Malaysia, 23 Oktober 2007). Kesannya kepada
nilai, norma, sikap, budaya masyarakat Malaysia ialah kemuduran nilai, norma, sikap,
budaya. Apakah persekitaran ini sihat untuk generasi muda membesar?
4
Kesan kebanjiran pekerja asing di negara ini juga menyebabkan masalah sosial dan
penyakit. Terutamanya yang berpunca daripada pendatang tanpa izin yang sudah
semestinya tidak menggunakan saluran dan prosedur yang betul untuk memasuki
Malaysia.
Hakikatnya, hari demi hari ia kelihatan makin sukar untuk diselesaikan. Malahan kita
seakan dibuli oleh negara-negara pengeksport pekerja asing seperti Indonesia. Media
massa sering menjadikan pekerja Indonesia sebagai berita untuk menunjukkan perlakuan
buruk Malaysia (Utusan Malaysia, 30 September 2007). Walaupun kejadian tersebut
adalah tidak benar tapi ia dapat membakar emosi bangsa mereka.
Tindakan kerajaan Malaysia melaksanakan hukuman sebat pada 1 Ogos 2002 dan
pemulangan pekerja tak sah telah menimbulkan kecaman dan tunjuk perasaan di depan
Kedutaan Malaysia, Jakarta (Berita Harian, 28 Ogos 2002). Kerajaan melakukan
tindakan tersebut demi keselamatan negara dan masyarakat yang semakin terancam
dengan pelbagai masalah yang ditimbulkan oleh pekerja asing dari Indonesia. Negara
penghantar tidak lagi menghormati negara penerima dan memperlakukan Malaysia
seolah-olah di bawah kekuasaan mereka. Ini jelas terlihat apabila kerajaan Malaysia
mengambil tindakan atau melaksanakan polisi tertentu terhadap pekerja mereka maka
jalur gemilang akan menjadi mangsa dibakar. Bukan sekali tetapi telah berkali-kali.
Mereka memberi isyarat seolah-olah negara penerima tenaga kerja Indonesia sepatutnya
menerima saja apapun yang dilakukan oleh rakyat Indonesia kerana tanpa mereka
Malaysia tidak akan dapat membina KLCC, KLIA, Putrajaya. Adilkah anggapan seperti
itu?
Peluh yang mereka curah untuk membina mercu tanda dan pekerjaan yang dilakukan
adalah dibayar. Gaji tersebutlah yang mengeluarkan jutaan rakyatnya dari kemiskinan
dan pengangguran. Kerajaan Indonesia sendiri tidak mampu untuk mengatasi
kemiskinan dan mengurangkan kadar pengangguran yang relatif tinggi (Utusan Malaysia,
20 Oktober 2007). Apatah lagi membela nasib rakyat kecil di desa-desa yang miskin dan
tidak tersentuh pembangunan samasekali. Keadaan tersebut telah menyebabkan pekerja
5
Indonesia yang dihantar pulang oleh kerajaan Malaysia enggan pulang ke kampung
halaman. Alasan mereka enggan pulang ke kampung halaman ialah malu dengan orang
kampung, gaji yang belum diambil di tempat mereka bekerja, sukarnya mencari
pekerjaan di tanah air sendiri (Kompas, 8 September 2002; 14 September 2002).
Menurut Apong Herlina (aktivis perburuhan Indonesia), ramai pekerja Indonesia yang
memilih kembali ke Malaysia kerana didesak oleh ketiadaan pilihan bertahan hidup di
negara sendiri. Oleh kerana itulah, segala ancaman hukuman dari kerajaan Malaysia
tidak mematahkan hasrat untuk kembali ke Malaysia (Kompas, 30 Ogos 2002).
Malahan protes yang menuntut agar pengiriman pekerja wanita ke luar negara dihentikan
telah menimbulkan bantahan di kalangan pekerja wanita Indonesia. Tragedi
kemanusiaan yang menimpa pekerja wanita Indonesia tidak menjadi penghalang
penghijrahan. Kejadian tersebut dipandang sebagai nasib buruk yang belum tentu
menimpa mereka. Maka tidak hairanlah jika 75.2% daripada wanita yang pernah
mengalami masalah ketika bekerja di luar negara masih menyimpan keinginan bekerja
semula ke luar negara (M.Lala Kolopaking, 1999:126).
Mungkinkah pepatah hujan emas di negara orang lebih baik di negara sendiri tidak sesuai
untuk mengambarkan keadaan pekerja asing di Malaysia. Sebaliknya negara orang
memberi emas, negara sendiri memberi batu adalah ungkapan yang tepat. Oleh sebab
itulah pekerja asing di Malaysia merebut peluang sebaik mungkin untuk mengumpulkan
wang dan harta kerana peluang tersebut tidak ada di negara mereka. Oleh kerana itu
jutaan manusia Indonesia rela bekerja apa saja dan di bayar berapa pun kerana di dalam
negeri mereka tidak boleh bekerja apa-apa. Walaupun bekerja membanting tulang,
diperlakukan sangat hina, dan kadang dianiaya serta di perkosa, sebagian besar dari
mereka tetap memilih bekerja di luar negeri daripada menganggur di kampung-kampung
(Suara Pembaruan, 16 Februari 2005).
6
Walauapapun keadaannya, Malaysia tidak boleh hanyut dengan cerita duka dan sengsara
pekerja asing di negara asal mereka. Keselamatan negara, kepentingan rakyat adalah isu
yang lebih utama.
Hal kebergantungan Malaysia kepada guna tenaga asing dan juga kesan-kesan
kedatangan warga asing ini ke Malaysia demi memenuhi tuntutan ekonomi yang sedang
berkembang pesat di negara ini sudah sampai masanya untuk diselesaikan secara serius.

Penguatkuasaan

Semua pihak harus bertanggungjawab untuk memastikan hanya pekerja asing yang layak
dan sah sahaja berada di negara ini. Jika semua pihak sama ada rakyat atau pihak
berwajib mempunyai sikap dan tanggungjawab untuk menjaga negara daripada unsurunsur
negatif, sudah pasti masalah pekerja asing di Malaysia tidak akan separah ini.
Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), G.Rajasekaran berkata,
rekod kemasukan pekerja asing yang amat tinggi adalah tidak munasabah. Pengeluaran
permit pekerja asing dengan sewenang-wenangnya tanpa mengambil kira keperluan
sebenar pihak majikan merupakan antara punca kebanjiran pekerja asing (Utusan
Malaysia, 16 Oktober 2007).
Skandal rasuah yang melibatkan individu-individu di Jabatan Imigresen perlu dijadikan
“pelajaran” kepada kerajaan untuk memastikan pihak-pihak yang bertanggungjawab
menjalankan tanggungjawab mereka dengan amanah. Pihak terbabit umpama pintu
rumah, jika pintu rumah hanya memilih tetamu tertentu sahaja maka keselamatan
penghuninya lebih terjamin. Sekiranya pintu rumah sentiasa dibuka kepada semua maka
negara kita umpama bakul sampah, pelbagai barang terdapat di dalamnya.
Terdapat juga penduduk yang memberi perlindungan kepada pekerja asing tanpa izin
dengan memberi mereka kerja di kebun-kebun secara sembunyi. Pemilik kebun atau
ladang menyediakan bangsal kediaman dan segala keperluan diurus oleh pemilik kebun
atau ladang. Pekerja asing tidak akan keluar dari kawasan kebun tersebut sesuka hati.
7
Sesetengahnya hanya keluar dari kawasan tersebut apabila hendak balik ke negara asal
atau bekerja dengan majikan lain. Keadaan ini lebih merbahaya kepada negara dan
masyarakat kerana tempat persembunyian mereka yang terpencil dan tersembunyi.
Pelbagai kegiatan negatif boleh dilakukan tanpa dapat dikesan oleh pihak berwajib
maupun masyarakat setempat.
Malahan terdapat rakyat Malaysia yang terlibat sebagai tekong/calo yang membawa
masuk pekerja asing tanpa izin. Mereka hanya memikirkan keuntungan diri sendiri.
Sedangkan perbuatan mereka menyebabkan kebanjiran pekerja asing yang
mengakibatkan pelbagai masalah kepada negara.
Jika negara mahu bebas daripada kebanjiran pekerja asing maka harus dipastikan pihakpihak
yang berwajib melaksanakan kerja dengan amanah.

Menjana modal insan tempatan

Faktor utama yang menjadi tonggak pembangunan dan kemajuan sesebuah negara ialah
modal insan dan ini yang menjadi teras kedua antara lima teras utama misi nasional
Rancangan Malaysia ke 9 (RMK9). Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad
Badawi sewaktu membentangkan RMK9 pada 31 Mac 2006 berkata: "Kita perlu
bertindak pantas. Kita mempunyai kurang 15 tahun untuk capai wawasan 2020. Kita
perlu menjadikan tempoh ini sebagai tempoh yang paling produktif dan paling bermakna,
demi mencapai cita-cita kita" (Utusan Malaysia, 24 Julai 2007).
Justeru, sama ada berjaya atau gagal usaha menjana modal insan sendiri boleh diukur
daripada bilangan pekerja asing yang masih mengaut peluang pekerjaan di negara ini.
Insan adalah aset penting negara. Modal insan adalah penentu kepada ‘survival’ sesebuah
negara. Modal insan merupakan aset yang boleh disuntik nilai tambah, ditingkatkan nilai
intelek serta diperkaya modal budaya. Pembangunan modal insan adalah penentu bagi
meningkatkan daya saing dan produktiviti negara. Oleh itu, Kerajaan harus melipat
8
gandakan usaha dengan memperbanyak dan mempelbagaikan program pembangunan
insan di kalangan rakyat tempatan untuk membina kekuatan fizikal, mental dan rohani.
Pada masa yang sama, jangan pula kita hanya tertumpu untuk melahirkan cerdik pandai
serta intelek dan meminggirkan keperluan menghasilkan golongan pekerja kolar biru.
Hakikatnya negara tidak kekurangan tenaga pekerja tempatan. Pengangguran warga
tempatan di Malaysia telah mencapai 90,000 orang. Manakala 242,190 orang atau 3.8
peratus daripada 6.3 juta pelajar sekolah di seluruh negara gagal menamatkan
persekolahan mereka sehingga ke tingkatan lima. Di manakah mereka ini? Anak-anak ini
walaupun tidak cemerlang dalam pelajaran boleh dilatih menjadi pekerja mahir atau
separuh mahir. Pihak yang bertanggungjawab seharusnya menjejaki mereka untuk
menjana modal insan demi kepentingan ekonomi negara dan mengurangkan
kebergantungan terhadap pekerja asing (Berita Harian, 3 Ogos 2007).
Pergantungan ekonomi negara kepada buruh asing, terutamanya dalam sektor pembinaan
dan pertanian memang tidak dapat dielakkan. Sektor-sektor tersebut merupakan sektor
yang masih berintensifkan buruh. Pekerja asing memang diperlukan untuk sektor yang
intensif buruh tetapi majikan juga harus mencari pendekatan baru untuk mengurangkan
kebergantungan terhadap pekerja asing.
Pertanian cara moden harus diperkenalkan di Malaysia. Malaysia sepatutnya mencontohi
petani di England yang menguruskan ladang beribu-ribu hektar tanpa memerlukan jumlah
pekerja yang ramai. Kaedah pertanian di Malaysia yang mengunakan pekerja yang ramai
sudah tidak sesuai diamalkan kerana negara tidak memiliki tenaga buruh yang
mencukupi. Oleh itu, majikan yang kini mempunyai buruh asing perlu menggunakan
tenaga kerja mereka secara optimum, selain mencari pendekatan baru, iaitu ke arah
intensif modal. Pendekatan tersebut adalah seiring dengan matlamat negara untuk
menjadi sebuah negara perindustrian serta persediaan sekiranya 2 juta pekerja asing itu
kembali ke negara masing-masing.
9
Hasrat untuk menjadi sebuah negara perindustrian sukar untuk terlaksana jika Malaysia
terus bergantung kepada buruh asing. Pergantungan kepada pekerja asing akan
melambatkan proses pemindahan dan penyerapan teknologi terkini kerana majikan lebih
berminat menggaji buruh asing kerana upah yang rendah daripada memiliki teknologi
yang lebih mahal (kos tetap).
Kerajaan menggalakkan pelabur menggunakan teknologi tinggi, berintensifkan modal
dan intensif teknologi supaya tidak bergantung kepada terlalu ramai pekerja (Utusan
Malaysia, 22 Mac 2005)
Sedar atau pun tidak, kebanjiran pekerja asing juga telah merampas pekerjaan yang
dilakukan oleh orang Melayu. Kebanyakan pekerjaan yang diisi oleh pekerja asing
adalah pekerjaan yang sebelumnya dilakukan oleh orang Melayu. Hal ini perlu
dipandang serius kerana jika ia berterusan akan menimbulkan masalah ekonomi di
kalangan orang Melayu. Kita tidak mahu orang Melayu merempat di bumi sendiri.
Perladangan dan pertanian adalah sektor-sektor yang orang Melayu telah lama bertapak
dan mempunyai kelebihan. Punca orang Melayu tidak mahu bekerja di sektor tersebut
harus dikaji. Apakah kerana malas atau manja? Apakah gaji yang rendah dan cara
pertanian yang tradisional telah menyebabkan pertanian dan perladangan tidak menarik
minat generasi muda orang Melayu.
Sektor pertanian, perikanan dan industri-industri yang berkaitan harus di modenkan agar
menarik semula keterlibatan anak-anak melayu. Sektor-sektor ini berupaya memberi
jaminan pulangan berjangka masa panjang. Banyak potensi yang dapat diraih; tambahan
pula dengan penggunaan kaedah bioteknologi. Kita lihat pertanian di negara maju berjaya
menarik minat generasi muda kerana mengamalkan pertanian moden. Jika Netherlands
iaitu sebuah negara seluas negeri Pahang berupaya menjadi pengekspot barangan
makanan dan pertanian kedua terbesar di dunia, tidak mustahil jika negara kita juga boleh
melakukannya. Peranan kerajaan sangat diperlukan samada bantuan kewangan maupun
teknikal.
10
Kesan utama apabila kita berjaya menjana modal insan sendiri dalam sektor pertanian
ialah peningkatan ekonomi orang Melayu, menggelakkan kebergantungan kepada pekerja
asing dan pengimportan sumber makanan daripada negara asing.
Kerajaan dan semua pihak perlu mengubah minda dan merubah penilaian terhadap sektor
tersebut. Orang Melayu hendaklah ke hadapan, merintis usaha menjadi petani moden –
memajukan sektor pertanian – menggerakkan industri asas tani.
Kebergantungan pekerja asing di sektor perkhidmatan seperti pembantu rumah boleh
dikurangkan dengan menaikkan taraf kerjaya pembantu rumah kepada profesion yang
dihormati boleh dikaji dengan lebih mendalam Menurut Timbalan Menteri Hal Ehwal
Dalam Negeri, Datuk Tan Chai Ho, terdapat kira-kira 310, 661 pembantu rumah di
Malaysia. Selain itu untuk mengurangkan jumlah pembantu rumah adalah menyediakan
pusat penjagaan kanak-kanak yang selesa dan selamat. Majikan sama ada swasta atau
kerajaan sepatutnya membina pusat jagaan kanak-kanak sendiri. Jika setiap majikan
membina atau menyediakan ruang untuk menempatkan anak-anak pekerja maka
permintaan kepada pembantu rumah tidak terlalu tinggi. Bekerja sebagai pengasuh
kanak-kanak di pusat jagaan kanak-kanak lebih menarik dan terjamin bagi warga
tempatan berbanding pekerjaan sebagai pembantu rumah.
Langkah-langkah jangka panjang seperti outsourcing dan automasi adalah di antara
strategi-strategi yang dianggap berkesan bagi mengurangkan pergantungan terhadap
pekerja asing. Di samping itu, kita boleh memperkenalkan strategi-strategi lain yang
boleh diberi pertimbangan. Ini termasuk meningkatkan penglibatan guna tenaga wanita,
pengambilan pesara-pesara, tenaga kerja yang terbiar seperti golongan belia di kawasan
luar bandar, memperkenalkan program kerja separuh masa, teleworking dan
menempatkan semula industri di kawasan-kawasan yang kurang membangun dan
mempunyai bekalan tenaga kerja yang berlebihan.
11
Tindakan restoran makanan segera dan Plus yang memperkerja orang kurang upaya
sebagai pengambil pesanan dan pemberi tiket tol adalah langkah bijak untuk
mengurangkan pekerja asing. Langkah ini patut diteladani oleh pihak-pihak lain.
Warga tempatan tidak seharusnya terlalu memandang rendah kepada sesuatu pekerjaan.
Tidak salah mencuba bidang-bidang seperti pembantu rumah, pembuatan, perladangan
atau pembinaan jika tiada pilihan selain menganggur. Bukanlah itu lebih baik daripada
kita melakukan kerja-kerja yang tidak berfaedah dan memudaratkan orang lain. Sudah
tiba masanya warga tempatan mengubah persepsi terhadap pekerjaan yang dimonopoli
warga asing. Fikirkan pembaziran yang dilakukan oleh kerajaan terhadap warga asing.
Fikirkan juga keamanan dan kedaulatan negara yang semakin dipinggir oleh warga asing.
Kerjasama antara kerajaan, majikan-majikan serta warga tempatan dalam mengurangkan
penggunaan pekerja asing memerlukan perancangan yang teliti. Bukan sahaja negara
dapat menjimatkan kos-kos tertentu melalui usahasama ini, malah pihak polis dan jabatan
imigresen juga tidak perlu memeningkan kepala menyelesaikan jenayah yang dilakukan
oleh mereka. Keperluan yang wujud di antara majikan dan pekerja harus di isi dan
pembaziran yang berlaku akibat kemasukan pekerja asing dapat dikurangkan.
Keperluan diurus secara bijaksana
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Abdul Rahman Bakar, berkata pertambahan
pekerja asing memang tidak dapat dielakkan, terutama dalam Rancangan Malaysia Ke-9
(RMK-9) yang memerlukan lebih 1.2 juta pekerja baru bagi memastikan semua sektor
dapat digerakkan dengan lancar (Berita Harian, 19 Julai 2007).
Di negara kita hari ini, daripada tapak pembinaan, ladang, kebun sayur, kedai makan,
pasar hingga ke pejabat berhawa dingin, rumah kediaman dan pelbagai lagi lokasi, kita
boleh lihat pekerja asing ini. Jumlah itu adalah angka yang tinggi. Apabila jumlah mereka
terlalu ramai, kita bimbang akan berlaku kesukaran untuk mengawal pergerakan mereka.
Lebih membimbangkan apabila ada yang gagal memperoleh sebarang kerja di negara ini
bertindak di luar jangkaan termasuk melakukan jenayah. Kementerian Hal Ehwal Dalam
12
Negeri baru-baru ini turut membuat kenyataan bahawa warga asing bukan sahaja
membanjiri pasaran pekerjaan dalam negara, malah turut menjadi hampir sebahagian
daripada penghuni penjara di negara ini. Daripada 49,000 penghuni penjara, kira-kira
24,000 orang adalah warga asing. Banduan warga asing yang ramai ini bukan sahaja
membebankan perbelanjaan kerajaan, malah mengakibatkan kesesakan di penjara. Itu
belum lagi kos penyelenggaraan yang terpaksa dikeluarkan untuk ‘menyara’ lebih
daripada 10,000 warga asing yang berada di depoh tahanan Jabatan Imigresen kerana
ketiadaan visa dan permit (Berita Harian, 19 Julai 2007)
Tindakan untuk mengurus keberadaan pekerja asing di negara ini perlu dilakukan segera
untuk mengurangkan berbagai masalah yang ditimbulkan oleh pekerja asing. Timbalan
Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Fu Ah Kiow hari ini berkata cadangan
menempatkan pekerja asing di satu tempat khusus boleh dikaji dengan teliti
keberkesanannya (Utusan Malaysia, 8 Ogos 2007).
Saranan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan itu supaya pekerja asing ditempatkan
di satu tempat khusus bagi mengurangkan kadar jenayah. Ia bukan untuk menyekat
kebebasan mereka bergerak tetapi mengawal mereka daripada membentuk “koloni” di
tempat-tempat tertentu yang menganggu keselesaan penduduk tempatan. Masyarakat
tempatan ingin menjalani kehidupan tanpa sebarang masalah, kerana banyak aduan
diterima ekoran kehadiran warga asing yang ramai.
Rumah kongsi yang didiami pekerja asing perlu digantikan dengan rumah teres tersusun
dan terancang bagi mengatasi masalah jenayah di kalangan golongan tersebut. Menerusi
konsep rumah teres itu juga, pemeriksaan berkala boleh dilakukan dalam usaha
mengelakkan masalah pekerja asing ‘hilang’. Menerusi langkah berkenaan, ia akan
memudahkan tindakan pihak berkuasa jika berlaku sesuatu kes melibatkan pekerja asing.
Pekerja asing juga seharusnya dihantar pulang ke negara masing-masing sebaik sahaja
pekerjaan atau projek yang dijalankan selesai. Kaedah ini diamalkan di negara maju. Ini
akan mengurangkan pengangguran di kalangan pekerja asing. Dikhuatiri jika tidak
13
dihantar pulang mereka menjadi pekerja tanpa izin dan melakukan pekerjaan yang tidak
bermoral untuk membiayai kehidupan di Malaysia.
Apa yang paling penting perlu dilakukan untuk mengurangkan kebanjiran pekerja asing
di Malaysia ialah pemantauan yang lebih rapi. Apabila satu-satu majikan membuat
permohonan untuk mengambil pekerja asing, apa yang perlu dilihat dan diteliti sebaikbaiknya
ialah sama ada permohonan itu wajar atau tidak. Pihak berkenaan mesti
membuktikan yang mereka tidak dapat mencari pekerja tempatan untuk memenuhi
keperluan tenaga kerja mereka.
Jabatan Tenaga Manusia pula mesti membuat bancian jumlah guna tenaga yang boleh
dibekalkan kepada sektor-sektor yang amat memerlukan pekerja. Langkah ini dapat
mempastikan keperluan sebenar tenaga kerja dalam sektor-sektor tertentu.
Semua pihak menyedari bahawa kebanjiran pekerja asing lebih banyak membawa kesan
buruk. Negara memerlukan pekerja asing tetapi bukan kebanjiran. Kebanjiran pekerja
asing menyebabkan pembaziran modal insan tempatan dan kemunculan berbagai masalah
sosial yang mengancam keselesaan rakyat dan keselamatan negara.
Jika kerajaan dan rakyat Malaysia meyayangi Malaysia maka milik kita “Malaysia” mesti
dijaga dan diurus dengan sebaiknya. Malaysia bukan sahaja kaya dengan berbagai
kekayaan yang tidak dimiliki oleh negara jiran tetapi yang lebih penting adalah maruah
dan harga diri. Jangan biarkan Jalur Gemilang dibakar lagi hanya kerana isu pekerja
asing. Jika rakyat negara jiran sanggup berkorban apa sahaja untuk menggali lubuk emas
di negara kita mengapa kita tidak sanggup berkorban apa saja untuk merampas dan
menguasai kembali lubuk emas tersebut.
14

Isu Pekerja Asing
Isu Kedatangan Pekerja Asing – Kesan Positif dan Kesan Negatifnya
Pendahuluan
-peribhs ada padi masak, adalah pipitnya dan di situ ada gula, di situlah semutnya-sesuai menggmbrkn fenomena kedtgn pendtg asing. – keadaan Malaysia yg makmur dan sejahtera menjadi pemangkin/ faktor penarik kpd pekerja asing – Malaysia dianggap sebagai ‘lubuk rezeki’
-walaupun terdpt kesan negatif namun terdpt juga kesan positifnya

Isi-isi
Kesan Positif

i) mengatasi masalah kekurangan pekerja – terutama dlm sektor perladangan, pembinaan, dan perindustrian- pekerja tempatan kurang berminat dlm sektor ini kerana kurang popular- ada yg memandang rendah – namun pekerja asing tidak memilih pekerjaan – suasana kesempitan yg dialami mereka di negara asal menjadi mereka berjiwa kental dan tahan lasak

ii) mempercepat/memacu pembangunan negara ke arah kewujudan sebuah negara maju – selaras dgn wawasan 2020
-purata indeks pertumbuhan negara mencatatkan pertumbuhan yg memberangsangkan- jadi memerlukn tenaga buruh utk membangunkan infrastruktur/prasarana negara

iii) menggalakkan pelaburan asing – kebanjiran pekerja asing ke neg kita dgn kadar upah yg murah/rendah menyebabkan pelabur asing tertarik utk membuat pelaburan di negara kita- hal ini dpt dilihat terutamanya dlm sektor perkilangan dan perladangan

iv) mempererat hubungan diplomatik – misalnya hubungan negara kita dengan Indonesia dan Filipina – boleh menyebabkan negara asing terhutang budi dgn Malaysia kerana membantu negara-negara tersebut mengurangkan masalah pengangguran di negara masing-masing

Kesan negatif
i) menjejaskan periuk nasi rakyat tempatan – lantas meningkatkan kadar pengangguran di negara kita – akibat sikap terlalu memilih kerja – upah yg murah menyebabkan pekerja tempatan menerima tempiasnya – sedangkan pekerja tempatan terpaksa menampung pelbagai kos sara hidup yg semakin membebankan

ii) meningkatkan kes jenayah spt merompak, membunuh, pelacuran dsbg. Menjejaskan imej negara di persada dunia

iii) tahap kesihatan terjejas – kemasukan pekerja asing tanpa kawalan menyebabkan merebaknya penyakit berjangkit spt demam Kala Azar atau demam hitam yg dipercayai dibawa oleh pekerja asing dr India/Bangladesh

iv) masalah setinggan - memburukkan imej negara dlm klgn pelancong asing – memburukkan sistem perparitan justeru meningkatkan kadar pencemaran.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...