SAYANGI BUMI ANDA

SAYANGI BUMI ANDA
Kekalkan kehijauan..memberi 1,000 kebaikan kepada kita..

April 01, 2011

Lucu nye,,haha

Bunga Tanjung:Datuk Sharifah aini

cayalah,,,my idola, ziana zain pon saye suka gak....best..

LAGU:Empat Dara(Datuk Sharifah Aini)

23 PERKARA YANG DILARANG ALLAH S.W.T...


KEJAYAAN DI DUNIA DAN AKHIRAT..

Sesungguhnya di dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita. Di bawah ini terdapat 23 perkara tersebut yang seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri :
  • Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh Allah s.w.t
  • Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita
  • Jangan makan dan minum dalam bekas yg. pecah @ sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.
  • Jangan biarkan pinggan magkuk yg. telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
  • Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)
  • Jangan makan tanpa membaca Bismillahhirrahmannirahim dan doa makan. Nanti makanan yg. dimakan adalah dari muntah syaitan.
  • Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan. Takut-takut mati dalam perjalanan. Jangan pakai kasut atau selipar yg. berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
  • Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
  • Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
  • Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa
  •  Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
  • Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak silaturrahim.
  • Jangan lupa bergantung harap hanya kepada Allah s.w.t dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.
  • Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
  • Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.
  • Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang org kepada kita.
  • Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yg teraniaya cepat dimakbulkan Allah s.w.t.
  • Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.
  • Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.
  • Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makan jin.
  • Jangan lupa membaca Bismillahirrahmannirahaim dan salam ketika masuk kerumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.
  • Jangan memakai tangkal kerana Allah s.w.t tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan kepadaNya.
  • Jangan mempertikaikan kenapa Islam itu berkata jangan sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya Allah s.w.t itu lebih mengetahui.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...